Sejarah De'Mecake.Com

Assalamualaikum wbh...

Salam perkenalan dari saya...Lia @ Norli.

Oleh kerana setiap hari saya melayari internet dan kerana minat terhadap kek & makanan2 lain...saya mencari peluang mencari seorang guru yg dapat memberikan saya peluang ke arah perniagaan kek. Dan usaha saya tidak sia-sia di mana saya telah bertemu dengan Cikgu Siti Zarina dari Muar. Bermodalkan wang Bonus yang saya perolehi dari tempat saya bekerja, saya mengikuti kursus di rumah Cikgu CT di Jln Junid, Muar. Walaupun hanya sehari, banyak ilmu yang saya timba dari beliau. Sehingga ke hari ini, sekiranya saya memerlukan nasihat dan panduan dari beliau, beliau tidak lokek dengan ilmu. Kiranya pertemuan dengan beliau sangat berbaloi.

Daripada sokongan yang diberikan oleh beliau dan juga suami serta rakan-rakan, saya bersemangat untuk memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan.

Di sini, saya ingin menceritakan asal usul perkataan De'MeCake.Com.

Asal MeCake dari perkataan Mekek
Mekek = Paya
(sebutan Me adalah spt kite menyebut Me- luat..bukan Me-ja)

Mekek adalah sebutan biasa bagi orang-orang di Kg Sawah Baru, Labis. Kampung suami saya. Di mekek ini, asalnya adalah paya rumbia. Dahulunya memang paya rumbia yang tidak berpenghuni dan hanya menjadi tempat pembuangan sampah bagi orang kampung ini. Pada tahun 1996, satu projek bumi hijau telah dianjurkan di paya mekek ini. Suami saya adalah salah seorang peserta. Di sini, kami para peserta telah diberi peluang untuk menanam jagung madu. Selepas projek menanam jagung tamat, masing-masing tidak perdulikan tanah ini. Tapi, suami saya telah membuat permohonan di PTD untuk mendapatkan geran tanah bagi tanah seluas 1/2 ekar ini. Alhamdulillah, akhirnya terdirilah sebuah pondok untuk saya 3 beranak di atas paya mekek ini. 

Itu saja serba sedikit secara ringkas tentang De'MeCake.Com. 

Harapan saya semoga usaha kecil saya ini akan mendapat keberkatan dari Nya...aminn


Suka Ke?? www.tips-fb.com

4 comments:

yanti_1004@yahoo.com said...
April 9, 2010 at 12:28 PM

wah!!!ada kedai baru..chayok..chayok kak..selamat menjual kek..ada ptg reben tak.heheh

Leeya @ Norli said...
April 9, 2010 at 2:10 PM

ko dh potong la ni...terimassss

aleynn said...
April 10, 2010 at 9:50 PM

tahniah atas pembukaan kedai ni..

Leeya @ Norli said...
April 11, 2010 at 9:20 AM

Lin - thanks....akak mengharapkan sokongan dr korang semua