Cubaan Yang Hampir2 Berjaya

Assalamualaikum wbhTidak bermakna ianya tidak berjaya...tetapi masih belum mencapai tahap kepuasan hati sendiri....mencikkk!!!!

Seawal bulan Nov 2010, sudah menerima tempahan dari seseorang yang tidak aku kenali...Dari Felda Pemanis, Segamat. Melalui pencarian di internet...kemudahan di ujung jari...

Aidah, mahu 2 set topper cake bersama 35+35 cuppies. Aku ingatkan untuk beliau seorang. Rupa-rupanya pengantin 4....beliau disandingkan bersama abangnya sekali. Oo....

3 ari sebelum order dilaksanakan beliau meminta kek ditulis dengan nama pengantin. Aida & Amer serta Lan & Sa'adah.

1 set maroon  dan putih, sementara 1 lagi, biru dan putih. Untuk biru dan putih, tiada masalah bagi aku. Tapi untuk maroon, aku mengambil masa 2 malam untuk memeram buttercream. Puas ku google, mencari formula untuk mendapatkan kaler maroon. Merah + hijau + hitam + coklat. Dan akhirnya....terhasil. Kali ini aku beranikan diri membuat kelopak mawar menggunakan nozle khas. Tidak seperti selalu, aku guna nozle swurl sahaja....tapi kali ini....aku adun BC menggunakan gula ising. Tidak seperti biasa, aku guna air gula. Konon untuk buat kelopak2...tapi bila dah banyak pewarna, makanya BC aku tak mantap. Dia lembik...makanya untuk cuppies, aku terpaksa juga guna nozle swurl. Kecewa di situ!!!!

Untuk topper cake, aku tekad nak buat kelopak2 mawar. Tapi aku gunakan BC putih sahaja, yang maroon aku guna sebagai belangnya sahaja...hehehe....tak belajar di mana2....belasah aje....asal jadik.

Untuk kek kali ini, pengantin mintak aku buatkan buttercake sahaja. Tapi kalau ikut aku, lagi senang buat sponge kek dari buttercake. Sebab, buttercake ini, serdaknya terlalu banyak. Susah untuk menyimen. Kaedah paling sesuai adalah steam buttercream. Inipun aku tak cari tok guru. Aku google sajork.....itu sebab kek aku BUWOKKK rupenya....huwaaaaaaaaaaa....

Dan inilah hasilnya.....
telah selamat ku serahkan kepada pengantin pada hari Sabtu 18hb Dis. 2010 di petronas Taman Yayasan, Segamat.

Terima kasih Aidah...jangan serik ye.... :D












sekian, wassalam
Suka Ke?? www.tips-fb.com

2 comments:

Ctnaemah said...
December 21, 2010 at 12:10 PM

Kak..kwn aku ajo klu nak bunga ros cantik terletak ..guna shortening + gula icing aje..baru molek rose tu..aku buat gitu aje pasni..aritu dah try sekali..menjadi.

Kak Lia said...
December 21, 2010 at 4:10 PM

bukan tk nk guna shortening...tp kalo guna shortening...rase dia kosong kan....heheh....